
28 Jun 2025 / Sabtu
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 SK Ayer Molek, Melaka
Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga/waris murid-murid SK Ayer Molek, Melaka yang hadir pada hari ini bagi menyertai mesyuarat yang dijalankan.
Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG (ibu bapa) yang telah dilantik bagi sesi yang baru ini. Semoga kerjasama antara sekolah dan PIBG akan bertambah erat dan baik bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.
~ Sedikit kisah perjalanan majlis ~
Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka.
Yang Berhormat juga merasmikan penggunaan LED di Dewan Seri Molek, SK Ayer Molek
Skrin LED tersebut ialah sumbangan dari Yang Berhormat sendiri kepada SK Ayer Molek.
Kami warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim atas sumbangan tersebut.
Mesyuarat kemudiannya diserikan dengan persembahan tarian oleh Artiseni Tari Semolek, pasukan tarian sekolah, di bawah pimpinan Cikgu Zul Azrin bin Mohd Abdul Rahman, guru PPKI SK Ayer Molek, merangkap sebagai jurulatih mereka
Terdapat penyampaian Anugerah Khas PIBG kepada 8 orang murid Tahun 6 / 2024 yang berjaya ke sekolah asrama penuh, MRSM, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota, Melaka. Diharapkan dengan adanya penghargaan ini, murid-murid ini akan terus mencipta kegemilangan dan cemerlang dalam setiap aspek. Juga diharapkan mereka menjadi contoh kepada rakan-rakan serta adik-adik di SK Ayer Molek.
Mesyuarat juga diselang selikan dengan acara cabutan bertuah, dengan pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima yang bertuah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:30 tengah hari.
~ Kecemerlangan SKAM Kita Bina Bersama ~